Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan Ibadah Umrah pada tahun 2024/2025 bersama Legasi Travel. Kami menawarkan pilihan pakej Silver yang bersesuaian untuk anda sekeluarga!
DETAIL PAKEJ UMRAH 2024 / 2025
Anda sedang mencari pakej umrah yang selesa dan dipercayai?
Jom bersama Legasi Travel. Dalam pakej ini, anda akan merasai pakej yang bersesuaian dengan bajet yang dipilih dengan memberikan pengalaman terbaik semasa beribadah di Tanah Suci.
Legasi Travel mempunyai reputasi yang baik dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan kemudahan yang lengkap yang diperlukan oleh jemaah. Legasi Travel berusaha untuk memberikan yang terbaik, mulai dari keselesaan perjalanan hingga penginapan. Dengan memilih bersama kami, anda dapat memastikan bahwa perjalanan ibadah umrah anda akan menjadi pengalaman yang bermakna.
HARGA PAKEJ UMRAH 2024 / 2025
PAKEJ TERMASUK
PAKEJ TIDAK TERMASUK
TEMPAT PENGINAPAN
DEPOSIT
- Deposit yang perlu dibayar ketika berdaftar ialah RM1000 seorang termasuk kos visa. Bayaran hendaklah dibuat terus kepada pejabat Legasi Travel & Tours sama ada secara tunai, cek, draf bank, atau pindahan wang terus ke akaun Maybank syarikat iaitu 562478197956 atau akaun Bank Islamic iaitu 07043011064940.
- Slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada syarikat dan pelanggan perlu mendapatkan resit pembayaran daripada wakil syarikat. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
INSURANS
- Pelanggan yang berdaftarkan dicarum insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon visa umrah/visa pelancong. Sila rujuk polisi insurans oleh syarikat insurans tersebut.
- Caruman ini telah termasuk di dalam pakej Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi.
- Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung oleh pelanggan. Kos satu ujian RT-PCR Covid-19 bernilai lebih kurang SR200 tidak termasuk dalam perlindungan ini.
- Plan Insuran Tambahan Next Care bagi Pakej Gold, Gold Plus dan Premium sahaja.
Program Ziarah
- Program ziarah berkumpulan di Mekah dan Madinah tertakluk kepada SOP semasa yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
- Pakej ini menawarkan ziarah seperti berikut:
3 KALI ZIARAH DI MEKAH
- Ziarah Ja’ranah – Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur, Masjid Ja‘ranah.
- Ziarah Hudaibiyah- Muzium Haramain / Muzium Al-Amoudi, Masjid Hudaibiyah.
- Ziarah Thaif – Masjid Abbas, Kilang Rose, Kebun Addas, Qarnul Manazil.
- 2 KALI ZIARAH DI MADINAH
- Ziarah dalam Masjid Nabawi- Saqifah Bani Saidah, Raudhah, Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi’ (lelaki sahaja).
- Ziarah luar kota Madinah- Masjid Quba’, Masjid Dua Kiblat, Masjid Khandaq, Ladang Kurma, Jabal Uhud.
BARANG HADIAH
Pihak Legasi Travel & Tours berbesar hati untuk memberi hadiah percuma berikut kepada semua pelanggan termasuk pelanggan kanak-kanak yang berusia atas 12 tahun. Berikut adalah hadiah eksklusif yang diberikan:
- Bagasi saiz 24”
- Bagasi saiz 20”
- Beg Silang
- Beg Kasut
- Botol Wudhu
- Buku Panduan Umrah
- ID Kad
- Lanyard
- Tagging Bag
PENGANGKUTAN
- Sepanjang program ziarah ini, Legasi Travel & Tours telah bekerjasama dengan syarikat bas terbaik bersama pihak muasassah yang menawarkan bas berhawa dingin dan selesa.
- Legasi Travel & Tours telah menempah khas pengangkutan ini bagi memastikan semua pelanggan lebih yakin dengan perkhidmatan yang disediakan.
- Bas ini boleh memuatkan maksimum 45 – 50 pelanggan sahaja mengikut jenis bas
Harga Bermula :
RM8,490 / per pax
Durasi :
12 Hari 10 Malam
Penerbangan :
Malaysia Airline / Saudia Airlines
DAFTAR TEMPAHAN PAKEJ UMRAH silver SEKARANG!
Lengkapkan maklumat di bawah, pihak kami akan hubungi anda untuk makluman lanjut.
terma & syarat
- Pelanggan perlu menghubungi Legasi Travel & Tours (M) Sdn Bhd untuk memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapat maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Semasa berdaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quad/Triple/Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tidak, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM1,000 seorang termasuk kos visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan tiket.
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai/perbankan atas talian/cek/draft bank di atas nama LEGASI TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD melalui no. akaun Bank Islam Malaysia : 07043011064940.
- Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat.
- Aturcara perjalanan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP oleh kerajaan Arab Saudi dari masa ke semasa.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakalna dan Nusuk untuk digunakan di Arab Saudi.
- Pihak pengurusan syarikat berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma & syarat yang dinyatakan untuk menarik balik promosi pada bila bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung kerugian apa-apa perbelanjaan atau bayaran balik pakej Umrah sekiranya pelanggan tidak dibenarkan keluar dan masuk negara oleh pihak imigresen kerana melanggari undang-undang Malaysia atau Arab Saudi.
- Harga yang ditunjukkan adalah harga pada masa penerbitan. Harga tertakluk kepada perubahan yang disebabkan oleh kenaikan pada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. Pihak syarikat berhak menaikkan harga pakej berdasarkan kenaikan harga kos semasa melalui notis makluman.
- Sekiranya terdapat perubahan tarikh dan masa oleh syarikat penerbangan atau perubahan situasi semasa keadaan di Arab Saudi yang memerlukan kepada tambahan penginapan, pengangkutan dan jadual program. Pengiraan alternatif kos tambahan akan dilaksanakan dan pihak syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kos tersebut.
APA KATA PESERTA KAMI?
Nak LOCK SEAT ANDA?
Deposit Umrah Gold
RM1,000.00Lihat Pilihan This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageDeposit Umrah Silver
RM1,000.00Lihat Pilihan This product has multiple variants. The options may be chosen on the product pageDeposit Umrah Premium
RM1,000.00Lihat Pilihan This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page
Perlukan Bantuan?
“Legasi Sedia Menyantuni Anda”
Kami juga akan berikan jadual perjalanan yang lengkap dan cara pembayaran terus kepada anda.
Alamat
Legasi Travel & Tours Sdn Bhd (1316797-M)
B1-03A-1, Space U8, No 6,
Persiaran Pasak Bumi, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor.
KPK/LN : 9627 MATTA : MA67346